Friday, January 26, 2007

Sabar selalu

Assalamualaikum...

Sayang..apa khabar? Semoga sihat aja ya..
sayang buat pa sekarang...sayang jaga daddy tak??
kenapa biarkan daddy nangis lagi.??
kenapa biarkan daddy sunyi..??
sayang buat apa..sayang pergi mana??
Usah la..sunyi usahlah sedih...kita adakan untuk meraikan dunia kita dengan suluhan syahdu cahaya rembulannya..!!


Semoga bercahaya bergemerlapan cahaya cintanya...dengan limpahan kasih luhur rembulan...kasih suci alam...kasih sayang insan...kasih tulus langit dan bumi, kasih cinta ombak dan pantai, bertaut satu menjadi sebungkus rindu yang syahdu mendambakan cinta kasih dan redha Allah yang Maha berkuasa....moga tabah aja dalam kehidupan ini....sabar selalu.!!!

Salam dari kejauhan
kasihabadi'07

...................................................
"Ya Allah penuhkanlah aku dengan iman dan peliharalah dia (iman) sepanjang hidupku, diwaktu matiku dan selepas matiku"...amin

Kau satu satunya

Assalamualaikum wbt...

Sayang...kau hantar aku lagu ini..terima kasih sayang...terima kasih intan, terima kasihku abadi...salam irama melagu rindu, menerbangkan rindu silamku...bayu turut tersenyum menghantar rindu baru....

Ukays (UK's) - Kau Satu Satunya
Oh... siapalah diri aku ini, tanpamu.. dunia ku pasti tak berseri dan hidup tak menjadi
Kau bagiku... satu-satunya, padamulah ku meminta, ke bermanja ku rindui, ku kasihi. Di hatiku kau abadi...

Dengan sinaran kasihmu, kian terancang hidupku, tiada lagi keraguan, kau bagiku kekuatan , mana jua kau berada ditemani cahaya cinta.. ......

Sejak dirimu ku dekati, diri ku ini ku kenali. Hanya engkaulah sesungguhnya tiada dua...
Di cermin kaca ku memandang, diri ku serba kekurangan namun bagimu bukan itu jadi ukuran, melengkapi hidup kita... bukan harta....bukan nama.....bukan rupa....

Kau... bagi diriku satu-satunya, ku meminta, ke bermanja, ku rindui, ku kasihi, di hatiku kau abadi.....!!

aamen..
sayang selalu..kasihabadi'07

...................................
"Ya Allah penuhkanlah aku dengan iman dan peliharalah dia (iman) sepanjang hidupku, diwaktu matiku dan selepas matiku"...amin

Sunday, January 21, 2007

Bermayalah sayang..

Sayang...
Indahnya alam ciptaan Tuhan, langit yang biru, dataran yang menghijau, sedap mata memandang sejuk hatiku. Sayang...Lihat alam ingat cinta kita, lihat rembulan ingat janji kita, peganglah janji kita sampai ke hujung nyawa. Usah gentar usah gusar tetaplah tega. Meski nanti badai stunami melanda, taufan gila-gila bergelombang mara, satukan hatimu dan hatiku dalam bungkusan kasih waja, ikatan sayang bersama dalam bingkisan rindu sentiasa.

Sayang..indahnya hidup ini dengan adanya sayang di sisi....tetaplah di hati imanku yang murni, suci lagi berprihatin. Sentiasa bercahaya menerangi wajah hati, biar usah berdinding, leraikan titik hitam segala noda diri. Bergemerlapanlah, bercahayalah, bermayalah, bersamalah dalam kasih sayang rindu kecintaan ketakwaan kepada Ilahi....

imanuruhi...sayangku abadi dalam ikatan kasihabadi.
aaamen ya rabbi.
syg'07
...................................
"Ya Allah penuhkanlah aku dengan iman dan peliharalah dia (iman) sepanjang hidupku, diwaktu matiku dan selepas matiku"...amin

Friday, January 19, 2007

Cahaya cinta

Sayang...sesekali ku pandang, cahaya cinta berkelipan, dalam syahdu suluhan rembulan
cantik indah mengasyikkan, aku dibuai mimpi berpanjangan. Sayang...sesekali aku tidak mengerti, mengapa harus cahaya itu padam lagi, tanpa sengaja tanpa di sedari, malap tak bercahaya lagi, aku merintih sedih dalam kepedihan lagi.

Sayang...hidup ini titian ujian, harus berhati-hati dikala meniti, berwaspada dikala berjalan, harus tabah tika datang ujian, syukur tika merasa bahagia, redha jua tika terguris dan terluka. Ya sayang dalam hidup ini panas tidak selalu ke petang jua tidak di duga hujan di tengahari. Mendung jua tidak dimahu dalam kehidupan, percaya pastinya akan datang cahaya kemudian nanti. Apa saja kemungkinan harus semuanya disyukuri, agar dapat mendidik hati, dan memenuhi ruang-ruang yang kurang di dalam hati...

Sayang...
kehadiran sayang adalah anugerah, kehadiran kasih jua adalah anugerah. Siapakah yang mengatur kasih dan sayang. Siapa yang mengatur pertemuan dan perpisahan. Semua itu bukan kita tetapi Allah...semuanya telah tertulis dalam buku catatan kita sejak azali lagi....alhamdulillah dan masyaAllah...

Sempena tahun baru Hijrah 1428 (maal hijrah). Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita semua untuk kembali berhijrah kepada keampunan Allah. Semoga kehidupan semua akan lebih ceria, bermakna dan dirahmati Allah...aaamen..

salam dari kejauhan
sayang selalu'07
...................................
"Ya Allah penuhkanlah aku dengan iman dan peliharalah dia (iman) sepanjang hidupku, diwaktu matiku dan selepas matiku"...amin

Salam kasih

Sayang... mungkin langitku biru di sana. Sayang mungkin bumiku menghijau di sana, tetapi bolehlah kita berkongsi sama menikmati keindahan maya. Em..indahnya suasana cinta yang ada. Em..nyamannya bayu rindu yang bertiup, membuatku terus di buai mimpi bersama....

Hehehe..sayang sayang ku, aku sangat berbahagia denganmu, syukurku dengan kehadiranmu, cukup ku ada kamu untuk menghiasi mimpi indahku, bahagiaku denganmu untukku memuji Tuhanku disepertiga malamku...

~~salam kasihabadi'07~~
...................................
"Ya Allah penuhkanlah aku dengan iman dan peliharalah dia (iman) sepanjang hidupku, diwaktu matiku dan selepas matiku"...amin

Bicara sayang...

assalamualaikum...
insyaallah...

Sayang...tika bayu bertiup, aku ingat sayang...tika rintik hujan, aku ingat sayang...tika fajar menyinsing, aku ingat sayang...tika pagi membuka tirainya, aku ingat sayang...tika dhuha menyapa, aku ingat sayang...tika dzohor singgah,aku ingat sayang...tika asar melintas,aku ingat sayang...tika maghrib suram, aku ingat sayang...tika malam gelap kelam, aku ingat sayang...tika rindu berpuput sayu, aku ingat sayang...

Sayang sayang...sejahteralah kau sayangku,tegalah kau di situ, kuatkan imanmu...indah sungguh sayang dalam lipatan diary hidupku, selamanya akan mengingatimu, selagi berpuput bayu,selagi ombak sudi ke pantai, selagi ada kasih sayang, selagi itu kasihabadi buatmu, merindu sendu syahdu....
salam dari kejauhan...

sayang
my '180107
...................................
Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

Friday, January 12, 2007

Luasnya rahmat Allah...

Alihkan matamu ke laut.,airnya cantik membiru & penuh dengan ketenangan..Tapi hanya ALLAH saja yang tahu rahsia didalamnya..,Begitulah kehidupan dengan kehidupan manusia riang ketawa TAPI hanya ALLAH saja yang tahu rahsia kehidupannya..,

Jika rasa kecewa., pandanglah ke sungai.,airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalang. JiKA rasa sedih.,pandanglah ke langit.,akan sedari bahawa ALLAH sentiasa bersamaMU.
..................................
"Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".
...................................
Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

Saturday, January 6, 2007

Untukmu...

Assalamualaikum....

Buat kesekian kalinya warkah ini ku layangkan buat tatapanmu yang jauh terpisah oleh daerah yang berbeza....... semoga dengan kehadiran warkah ini tidak akan mengganggu ketenangan jua ruang waktumu yang ada...... telanjuran itu...... izinkan jemari ini di susun serapi mungkin agar tarian yang bakal dipersembahkan nanti tidak lari tempo atau sumbang kelihatan.....

Ntah dari mana harus kumulakan...... terasa apa yang tersimpan seakan cuba melepaskan ledakkan yang mana aku khuatir akan membuat hati dan ketenanganmu terusik...... justeru itu...... seadanya kemaafan ku pinta agar sedikit dari ketenangan mu itu kau luangkan buatku yang daif ini..

Sebetulnya...... di saat begini aku benar-benar merinduimu..... senyummu, tawamu, renunganmu, usikkan mu segala apa yang kau miliki terus aja melambai kerintihan hati ini....... tiada yang dapat ku samakan antara dirimu dan teman-teman yang ada.....

Engkau mendengar resah nafasku....... engkau membelai rusuh rinduku jua engkau sering menunjukkan aku jalan agar tidak aku pasrah dengan kehidupan....... sesungguhnya antara mereka-mereka yang menyanyangiku....... engkaulah yang terlalu mendekati.....

Dan di ketika ini...... tidak dapatku seka titis yang menitis........ segalanya menghimpit perasaan....... dan kau jauh di daerah yangberbeza dariku, aduhai..... seandainya mungkin....... aku inginkan kehadiranmu disaat begini....... biar dapat kulabuhkan kerusuhan di dadamu...... biar dapatku kutip senyumanmu, lalu kuhiaskan di taman hatiku.......

Dan di saat ini....... kerinduanku terhadapmu tidak dapatku usir jauh....... dan semakin dekat...... dan semakin rapat........ dan akhirnya......aku kesepian di malam-malam kedinginan..... menangis dan terus menangis.......

Sayang...
Malam masih panjang...... dipengunduran ini izinkan aku untuk terus mengenang dan merindui dirimu.

Friday, January 5, 2007

Rinduku...

Kau kutemui sewaktu aku kelemasan
Terkapai-kapai di tengah lautan
Pabila bahtera kehidupan
Karam dipukul taufan
Terdampar aku bersama pengharapan

Hidup ini memerlukan teman
Tatkala kegembiraan
Mahupun kedukaaan
Orang yang akan menunjukkan
Jalan-jalan kebenaran
Dengan penuh keikhlasan

Sungguhnya rindu ini tidak tertahan
Ruapannya panas membakar perasaan
Mampukah aku menghadapi perpisahan
Sedangkan aku penasaran tatkala berjauhan
Namun tetap jua kutemui mu di sempadan alam
Tatkala sepi menghiasi kamar malam
Pabila rinduku bertukar menjadi dendam.

Thursday, January 4, 2007

salam kasih

Salam sayang... terima kasih atas sudimu menyuluhi gelap malamku,
Salam rindu... terima kasih atas sudimu, menyapaku menghantar rindu,
Salam kasih... terima kasih atas sudimu, menghadiahiku tulus kasihmu,
Salam cinta... terima kasih atas sudimu, membuka pintu cinta terbuka.
Salam kasihabadi berbungalah di taman hati mewangi ditaman iman ruhi.
Sayang..rindu..kasih, berpadu bertaut dalam cinta, berkasih kerana Allah.

amin ya rabbal alamin.
........................................................................
"Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".
.........................................................................
Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

Tuesday, January 2, 2007

Bicara rindu

Sayang,
Pada saat dan ketika aku catatkan bicara hati ini,
ketahuilah olehmu bahawa aku dalam keadaan nazak rindu padamu.
Sejak aku bersamamu, aku sentiasa diselubungi bahagia walaupun kerinduannya datang menerjah tembok kesabaran hati.

Sungguh kukatakan bahawa cintamu buat aku rasa disayangi.
Walau aku tidak pasti bagaimana kesudahan kisah cinta kita,
namun aku sentiasa berdoa agar kesudahannya dapat membahagiakan kita dunia dan akhirat.

Kita telah bina dasar cinta kita atas asas perjuangan di jalan Allah.
Pertemuan yang ditakdirkan tuhan telah membuahkan rasa cinta dan kasih yang kukuh di hati.

Sayang,
Terlalu berat untuk aku lepaskan dirimu untuk berjauhan dariku.
Bagaimanakah akan kuhadapinya sedangkan rindu ini tidak pernah kurang
apatah lagi padam walaupun dirimu berada di hadapan mataku, di sisiku.

Sayang,
Setiap detik waktu yang bersisa, wajahmu sentiasa hadir dan berbicara denganku.
Walaupun hanya sanubari dan jiwaku yang dapat melihat wajahmu,
namun aku tetap rasakan kemanisan. Apakah rahsia disebalik pertemuan ini?.

Sayang,
Tiada satu pun perumpamaan yang dapat ku ungkapkan bagi menggambarkan bagaimana perasaanku pada saat ini. Hanya orang yang merindui sahaja yang dapat mengerti betapa merananya aku apabila bunga rindu berputik ditangkai kasih ini.

Sayang,
Aku sentiasa berharap, tembok kesabaranku tetap kukuh sementara menanti kepulanganmu kepangkuanku. Aku berdoa agar ia tidak akan goyah dilanda ombak rindu.

Pada pertemuan yang akan kita ciptakan nanti, ingin sekali aku menatap wajah mu, mendengar bicaramu yang bisa menenangkan jiwaku yang kelemasan ini.

Semoga tuhan akan memberkati harapan kita ini.
Sayang..........aku merinduimu.....Dan sentiasa akan merinduimu....