Saturday, February 10, 2007

Salam doa dari kejauhan...

Sayang...
Dalam hidup ini kita adalah tempat untuk diuji. Menguji keimanan dan kesabaran. Melihat sejauhmana kecekalan dan ketakwaan kepada Allah. Allah memilih hambaNya untuk diuji. Berbahagialah siapa yang telah dipilih Allah untuk diuji. Jika sayang menjadi pilihan Allah seharusnya jangan bersedih hati, kerana ganjarannya adalah syurga Allah yang berupa ketenangan dan kenikmatan. ...sabar selalu..

Sayang...
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya (dibuat) olehnya. Setiap orang mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Doa mereka ialah) Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah.

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami!Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak berdaya memikulnya. Maafkanlah kesalahan kami, serta ampun-kanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. (al Baqarah :284-286)

Ya Allah, pada pagi / petang hari ini kami (senentiasa) menikmati ‘afiat pemberianMu; (keselamatan dari bala bencana) dan terjaganya rahsia dosa-dosaku; maka oleh itu sempurnakanlah nikmatMu, ‘afiatMu dan pemeliharaanMu ke atas diriku; di dunia dan di akhirat.

amen...ya rabbal alamin.
sayang selalu
...................................
"Ya Allah penuhkanlah aku dengan iman dan peliharalah dia (iman) sepanjang hidupku, diwaktu matiku dan selepas matiku"...amin

No comments: